MPHTJ PERKENAL BIL CUKAI DIGITAL TAHUN HADAPAN

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 28 Ogos – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan melaksanakan kaedah pembayaran bil cukai digital sepenuhnya bermula tahun hadapan.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, inisiatif itu bagi memudahkan pemilik premis di kawasan pentabirannya untuk membayar cukai tanpa perlu ke kios MPHTJ.

“Inisiatif ini bermula sepenuhnya pada tahun hadapan, kita akan menghantar emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemilik premis dalam kawasan pendtabdiran kita.

“Tahun 2025 tidak ada lagi cetakan bil cukai, pada Jun lalu kita sudah membuat promosi dan pemakluman mengenai perkara ini kepada semua pemilik premis kawasan MPHTJ termasuk mengadakan sesi libat urus.

“Maklum balas yang kita terima, semua pemilik premis bersetuju dan menyokong usaha ini untuk menggunakan bil secara digital bagi menjimatkan penggunaan kertas, selain memudahkan mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata, pihaknya juga membuka peluang kepada orang ramai untuk datang ke kaunter khidmat pelanggan MPHTJ bagi mempelajari kaedah pembayaran melalui bil digital.

“Pembayar cukai boleh datang terus ke kaunter MPHTJ dan kita akan tunjuk bagaimana cara gunakan bil cukai digital ini, selepas itu mungkin mereka boleh membuat pembayaran cukai sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

64
Kongsi :
Previous post SERANGAN LELAKI BERTOPENG: SUSPEK KELIMA DITAHAN MALAM TADI
Next post 3 KEPERIBADIAN KETUA MENTERI MELAKA DIKAGUMI ‘YB MAT’
Ubah saiz-+=