Sorting by

×

MPHTJ PERJELAS ISU PENUTUPAN, PENAMATAN KONTRAK KOLAM AIR PANAS DI BEMBAN

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 23 Januari – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tampil memberi penjelasan berhubung penutupan operasi dan penamatan kontrak operator Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas Bemban, Jasin.

Ia susulan tular beberapa video mendakwa kononnya penamatan kontrak dibuat serta-merta kepada operator yang mengendalikan premis tersebut.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron menegaskan bahawa penutupan operasi dan penamatan kontrak telah dibuat berdasarkan terma dan peruntukan perjanjian di antara kedua-dua pihak.

Jelas beliau, pihak operator telah diberi Notis Langgar Syarat, seawal 5 Oktober 2023 sebelum disusuli tiga lagi notis lain pada tahun yang sama serta empat kali notis pada 2024, di mana Notis Akhir telah diberikan pada 23 September 2024.

Di samping itu, ujar beliau, pihak operator berkenaan juga telah menerima dua kali teguran di dalam Mesyuarat Pengurusan Premis.

“Mesyuarat Pengurusan Premis itu turut dihadiri pihak operator bagi isu pelaksanaan kerja-kerja pembersihan, penambahbaikan dan penyelenggaraan.

“Penamatan (kontrak) dibuat pada 10 Januari 2025 susulan daripada hasil semakan di tapak mendapati bahawa operator masih gagal untuk mematuhi arahan MPHTJ,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Sapiah, MPHTJ menafikan dengan sekeras-kerasnya penamatan yang dibuat adalah serta merta sedangkan operator telahpun diberi peluang dan tempoh yang sewajarnya.

“Isu keselamatan, kesihatan awam dan kebersihan adalah isu utama yang dipandang serius oleh MPHTJ,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1030
Kongsi :
Previous post SUMBANGAN UKIR SENYUMAN MASYARAKAT TIONGHOA ALOR GAJAH
Next post DUA ANGGOTA BOMBA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA PADAM KEBAKARAN
Ubah saiz-+=