Sorting by

×

MPHTJ HARGAI 130 AGENSI KERAJAAN, SWASTA, NGO DAN MEDIA

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 Disember – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menghargai 130 agensi kerajaan, swasta, NGO, pemimpin kawasan dan media massa dalam Majlis Apresiasi MPHTJ di sebuah hotel di sini hari ini.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata majlis tersebut bagi mengiktiraf dan menghargai jasa semua pihak yang membantu MPHTJ sepanjang tahun 2024.

Katanya, MPHTJ meraikan semua pihak yang menjalinkan kolaborasi bersama dan akan meneruskan kerjasama tersebut pada masa akan datang.

“Tahun 2024 merupakan tahun penting buat Negeri Melaka di mana kita menjayakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) untuk menarik lebih ramai pengunjung luar ke negeri ini.

“Negeri Hang Tuah ini saban minggu dan setiap bulan penuh dengan pelbagai pengisian, acara rasmi yang melibatkan pelbagai sektor dan untuk menjayakan program-program ini MPHTJ turut memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk bekerjasama.

“Saya yakin kolaborasi ini adalah hasil daripada langkah pertama yang diambil dengan niat untuk memastikan kerjasama yang terjalin ini terus berjaya,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan.

Hadir sama, Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron.

6289282583795712102
KETUA Pegawai Eksekutif MHISB Nasharudin Muhammad menerima plak dan sijil penghargaan yang disampaikan Zulkiflee. Foto Iqmal Haqim Rosman

Pada majlis itu, kesemua 130 wakil agensi kerajaan, swasta, pemimpin masyarakat dan pengamal media telah menerima plak serta sijil penghargaan daripada Zulkiflee.

Turut menerima penghargaan adalah Melaka Hari Ini Sdn Bhd yang menjadi antara penyumbang dalam melaporkan berita mengenai kejayaan dan inisiatif MPHTJ sepanjang tahun 2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

127
Kongsi :
Previous post MIHF’24 CATAT NILAI JUALAN LEBIH RM6.2 JUTA
Next post 12 KES TUNTUTAN LIBATKAN KONTRAKTOR RUMAH BABITKAN NILAI LEBIH RM200,000
Ubah saiz-+=