MPHTJ edar 7,000 notis pasang Jalur Gemilang

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 13 Ogos – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah mengedarkan kira-kira 7,000 notis pemasangan Jalur Gemilang kepada pemilik premis di bangunan masing-masing.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata arahan notis itu bertujuan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat bersempena Bulan Kebangsaan.

Katanya, MPHTJ telah memasang 5,000 helai Jalur Gemilang sekitar kawasan pentadbirannya termasuk di bangunan milik MPHTJ dan laluan-laluan utama.

“Cuma saya ingin mengingatkan kepada orang ramai untuk mengutamakan keselamatan ketika memasang Jalur Gemilang dan beri perhatian kepada bendera yang dipasang agar tidak berlaku kejadian tersalah pasang.

“Perkara ini pernah berlaku yang mana jalur pada Jalur Gemilang tidak cukup 14, bucu bintang pada bendera tidak cukup,”katanya.

Photo 2024 08 13 12 45 06
YANG Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haronditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ Bilangan 7/2024 dan Pelancaran Kempen Jalur Gemilang Peringkat MPHTJ anjuran Jabatan Korporat dan Media di Pentas Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ Bilangan 7 dan Pelancaran Kempen Jalur Gemilang Peringkat MPHTJ yang disempurnakan oleh Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin di Melaka Mall di sini hari ini.

Pada majlis sama turut berlangsung penyerahan hadiah kepada Pasukan Pandu Misteri MPHTJ yang memenangi tempat kesembilan dari 40 pasukan mengambil bahagian pada Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) SeMalaysia (MALA) 2024 pada 2 Ogos lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

109
Kongsi :
Previous post Dakwaan isu mangsa banjir tidak terima bantuan, tidak benar
Next post LPM semarak semangat kibarkan Jalur Gemilang
Ubah saiz-+=