
MPHTJ ‘CABUT’ PAPAN IKLAN TIDAK BERLESEN
AYER KEROH 17 Disember – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerusi Jabatan Perlesenan menurunkan 15 unit papan tanda haram atau tidak berlesen sepanjang laluan utama dalam kawasan pentadbirannya.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata hasil semakan mendapati papan tanda berkenaan tidak mendapat kelulusan lesen iklan selain menghalang pandangan lalu lintas di persimpangan jalan.
“Operasi ini bertujuan untuk memastikan bahu jalan dalam kawasan MPHTJ sentiasa dalam keadaan kemas, teratur dan bebas daripada papan iklan tidak berlesen selain sudah usang hingga mencacatkan pemandangan.
“Jika didapati memasang iklan tanpa kebenaran pihak berkenaan boleh dikenakan kompaun RM250 mengikut Undang-Undang Kecil Iklan MPHTJ 2010,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya, pelaksanaan operasi itu juga bertujuan memastikan persekitaran kawasan pentadbiran MPHTJ sentiasa bersih selain persediaan awal sempena Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) tahun hadapan.
“Orang ramai termasuk peniaga dinasihatkan supaya tidak sewenangnya memasang papan tanda tanpa pengesahan dan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...