MPHTJ bakal ‘hidupkan’ kembali Melaka Mall

Masa Membaca:46 Saat

AYER KEROH 24 Ogos – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bercadang untuk mengembalikan kegemilangan bangunan Melaka Mall, di sini, yang kini seolah-olah kelihatan sepi tanpa pengunjung.

Yang Dipertuanya Shadan Othman berkata, pihaknya bakal melakukan beberapa perancangan dalam masa terdekat termasuklah membaik pulih bangunan berkenaan.

“Sudah pasti kami ada buat beberapa perancangan dalam masa terdekat antaranya untuk memperbaiki bangunan ini sendiri.

“Selain itu MPHTJ juga ada buat perancangan untuk menarik semula peniaga-peniaga di kawasan ini untuk berniaga semula.

“Mungkin sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak sukar untuk peniaga kembali berniaga disebabkan kekangan kewangan dan sebagainya. Tapi InsyaAllah kami akan sediakan insentif-insentif yang baik untuk mereka selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2020 di Melaka Mall, baru-baru ini.

Terdahulu, tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi berkenaan mendapati bangunan itu semakin menghampiri taraf ‘bangunan tinggal’ apabila kebanyakan kedai di situ tidak beroperasi lagi.

Views:

892
Kongsi :
Previous post Pesta ‘pancing ikan darat’ di Kampung Gelam
Next post Jenazah ibu Abdul Ghafaar selamat dikebumikan
Ubah saiz-+=