Sorting by

×

MPAG tidak kembalikan deposit RM140,000 parti politik

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

ALOR GAJAH 7 Dis – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) tidak mengembalikan deposit RM140,000 parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana gagal membersihkan bendera, poster dan gegantung.

Tempoh tujuh hari selepas PRN Melaka pada 20 November lalu gagal dimanfaatkan parti berkenaan untuk memastikan semua bahan kempen berkenaan dibersihkan.

Yang Dipertua MPAG, Mohd Fadhil Hassan menegaskan, MPAG tidak akan mengembalikan deposit itu kerana jentera terbabit gagal membersihkan keseluruhan kawasan yang dipasang bendera, poster dan gegantung calon dan parti masing-masing.

“Kami dapati walaupun kebanyakan bendera, poster dan gegantung sudah dicabut atau ditanggalkan, masih ada yang dibiarkan begitu sahaja di kawasan itu.

“MPAG tidak akan memulangkan deposit itu kerana tempoh tujuh hari sudah tamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Penyampaian Hadiah Sempena Program Insentif Cukai Taksiran Harta MPAG 2021 di pejabat MPAG, di sini hari ini yang turut dihadiri Turut hadir, Setiausaha MPAG Datuk Salleh Mohd Som.

Seramai lima pemilik premis yang membayar cukai berkenaan tanpa tunggakan mendapat hadiah peti televisyen, lima (basikal) dan seorang (motosikal Honda EX5).

Untuk rekod, seramai 112 calon daripada lima parti politik dan Bebas mengambil bahagian pada PRN Melaka, 20 November lalu.

Selain Barisan Nasional (BN), turut meletakkan calon ialah Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Bebas.

Meskipun PRN Melaka berlangsung dalam keadaan parti dan calon mematuhi SOP, bendera, poster dan gegantung tetap dipasang di semua kawasan yang ditandingi parti politik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1089
Kongsi :
Previous post Kutipan zakat Melaka meningkat lebih 7 peratus
Next post Paul Yong diperintah bela diri tuduhan rogol pembantu rumah
Ubah saiz-+=