
MPAG tebang, cantas 142 pokok berbahaya
KUALA LINGGI 17 Mei – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengenal pasti 142 batang pokok berbahaya dan berisiko dalam kawasan pentadbirannya yang memerlukan tindakan segera.
Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, lokasi pokok berkenaan di laluan utama mendedahkan pengguna jalan raya kepada risiko kemalangan.
Katanya, berikutan itu kerja-kerja penyelenggaraan termasuk mencantas dan menebang pokok berkenaan perlu dilaksanakan segera.
“Kerja penyelenggaraan sudah bermula, jadi selepas ini pokok terletak di bahu jalan atau mana-mana kawasan berisiko akan dicantas dan ditebang.
“Tindakan segera ini dilaksanakan bagi mengelakkan daripada berlaku insiden yang tidak diingini menimpa pengguna jalan raya atau orang awam,” katanya.
Beliau berkata, tindakan itu juga sebagai mengambil maklum saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengenai isu pokok berisiko.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...