MPAG MANTAPKAN PERKHIDMATAN KAUNTER

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

ALOR GAJAH 30 September – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) komited mahu meningkatkan kecekapan dalam urusan perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan pesanan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Yang Dipertua MPAG TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, antara fokus yang akan diberikan adalah terhadap pemantapan perkhidmatan di semua kaunternya, termasuklah ketika waktu rehat.

Menurut beliau, bermula 1 Oktober, semua kaunter yang terdapat di MPAG, termasuklah kaunter khidmat pelanggan; kaunter bayaran dan kaunter di setiap jabatan akan kekal beroperasi secara penggiliran oleh pegawai dan kakitangan yang dipertanggungjawabkan.

TPr. Saifuddin juga menekankan bahawa pengukuhan integriti amat penting dalam pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan masing-masing.

“Saya berharap semua kakitangan dapat melaksanakan langkah yang telah digariskan oleh Kerajaan Negeri dalam memberi perkhidmatan terbaik dan mempermudahkan urusan masyarakat tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah Bagi Bulan September 2024 di Dewan Bougainvillea MPAG, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha MPAG Radzyma Mahat; ketua-ketua jabatan dan unit; pegawai-pegawai kanan serta warga kerja MPAG.

Perhimpunan Bulanan itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Khidmat Pengurusan dan Jabatan Pengindahan Bandar MPAG.

Dalam pada itu, bercakap mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) iaitu penyelarasan gaji yang diumumkan Kerajaan bermula 1 Disember depan, TPr. Saifuddin memaklumkan, satu sesi libat urus SSPA secara khusus kepada kakitangan MPAG akan diadakan dalam masa terdekat.

Jelas beliau, libat urus itu bagi memberi penjelasan lebih lanjut berkaitan sistem tersebut kepada warga kerja MPAG.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

25
Kongsi :
Previous post GUNTING RAMBUT RM5 DI PAKK
Next post JANGKA HAYAT BAYI LAHIR PADA 2024 DIJANGKA HIDUP SEHINGGA 75.2 TAHUN – DOSM
Ubah saiz-+=