
MPAG lulus 10 Bazar Ramadan, dua Bazar Aidilfitri
AYER KEROH 17 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) meluluskan 10 bazar Ramadan dan dua bazar Aidilfitri bagi tahun ini.
Yang Dipertuanya, Mohd Fadhil Hassan berkata bazar Ramadan itu melibatkan seramai 800 peniaga manakala bazar Aidilfitri melibatkan seramai 124 peniaga.
“Kita baru putuskan dalam mesyuarat hari ini mengenai lokasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri diluluskan untuk tahun 2022.
“10 lokasi bazar Ramadan adalah di Pekan Kuala Sungai Baru, Taman Desa Londang, Pekan Alor Gajah, Pekan Masjid Tanah, Pekan Lubok Cina dan Taman Seri Sutera Pengkalan.
“Selain Bandar Satelit Pulau Sebang, Taman Seri Gamelan, Pekan Pulau Sebang Utara dan Pusat Perniagaan Jelatang.
“Manakala bazar Aidilfitri ada dua lokasi di Pekan Masjid Tanah (104 peniaga) dan hadapan perhentian bas Masjid Tanah ada 20 peniaga,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Fadhil berkata, perjalanan bazar Ramadan dan Aidilfitri itu masih mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti sebelum ini.
“Kita sedang menunggu SOP baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana difahamkan akan dilancarkan dalam tempoh seminggu dua ini,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...