MPAG LAKSANA 37 OPERASI TERNAKAN BERKELIARAN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

ALOR GAJAH 6 November – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus mempergiatkan Operasi Ternakan Berkeliaran dan terbaharu lima ekor kerbau disita di Kampung Sungai Buloh, Masjid Tanah.

Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, operasi itu dijalankan pasukan penguatkuasa bagi mengelakkan kacau ganggu kepada persekitaran dan risiko berlaku kemalangan.

Katanya, MPAG dari semasa ke semasa meneruskan Operasi Ternakan Berkeliaran, khususnya di tempat awam seperti kawasan kampung dan jalan raya.

“Keberadaan haiwan-haiwan ini di jalan raya terutamanya boleh mengundang bahaya dan mengacau ganggu keselamatan awam.

“Justeru itu, satu lagi operasi dijalankan oleh pasukan penguatkuasa di Kampung Sungai Buloh, awal pagi semalam dan berjaya menangkap lima ekor kerbau.

“Bermula Januari hingga awal bulan ini pasukan penguatkuasa MPAG sudah melaksanakan sebanyak 37 operasi,” katanya.

Menurutnya, susulan tangkapan itu, pemilik kerbau diberi tempoh lima hari untuk tampil bagi membuat tuntutan dan menjelaskan kompaun yang dikenakan.

“Bagi setiap ekor kerbau yang disita, kompaun yang dikenakan bernilai RM1,000 dan pemilik diberi tempoh lima hari untuk menjelaskan bayaran.

“Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan lelongan akan dibuat di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan  Haiwan Ternakan (MPAG) 2012,” katanya.

Jelasnya, pemilik ternakan dinasihat dan diingatkan agar memastikan haiwan ternakan mereka berada di dalam kandang dan tidak berkeliaran diluar kawasan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

42
Kongsi :
Previous post BUKIT BESAR JADI ‘PORT HIKING’ BARU
Next post TREK MONOREL JADI LALUAN PEJALAN KAKI
Ubah saiz-+=