Sorting by

×

MPAG lahirkan pelajar sekolah celik ancaman ICT

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 21 September – Bagi melahirkan belia yang celik selain ‘bijak’ teknologi, lebih 100 pelajar diberikan pendedahan dan pemahaman mengenai pelbagai ancaman dalam dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh memberikan kesan buruk kepada mereka.

Hari Kesedaran Keselamatan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Peringkat Alor Gajah itu dijayakan hasil kerjasama KYROL Security Labs Sdn. Bhd. dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, objektif program tersebut adalah bagi meningkatkan kesedaran dan memberikan pendedahan tentang kepentingan pengetahuan serta kemahiran dalam menangani ancaman keselamatan ICT.

“Antara yang didedahkan kepada peserta adalah menangani serangan ‘malware’, e-mel palsu, e-mel spam dan kecurian data. Selain perkakasan, pengguna yang bijak dan berpengetahuan merupakan benteng utama mampu menghalang ancaman keselamatan ICT.

“Program ini dibangunkan untuk mendidik pelajar sekolah sekitar Alor Gajah mengenai tanggungjawab dalam membantu melindungi kerahsiaan, ketersediaan dan integriti aset ICT,” katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya, program berkenaan diadakan di Dewan MPAG, di sini, baru-baru ini.

“Bagi penganjuran akan datang kami mahu melibatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Alor Gajah dan selepas itu orang awam pula,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1237
Kongsi :
Previous post Masjid Lama Machap simbol perpaduan dua kaum
Next post Kajian pastikan kesahihan lokasi Makam Tok Langgar
Ubah saiz-+=