MPAG gempur kedai tomyam ‘tidak suci’

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

ALOR GAJAH 15 September – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mempergiatkan operasi bersepadu penguatkuasaan kebersihan makanan di kedai makan dan restoran sekitar daerah itu.

Menerusi Ops Siam yang diadakan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Penguatkuasaan MPAG dan Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah telah menjalankan pemeriksaan ke atas restoran tomyam di sekitar Pengkalan, Alor Gajah.

Yang Dipertua MPAG TPr. Saifuddin Abdul Karim, menerusi ops berkenaan sebanyak 14 premis telah diperiksa dan 27 notis dan empat kompaun telah dikeluarkan.

Jelas beliau, ia membabitkan kesalahann di bawah Seksyen 32(1)b, 11(1)b, 35(1)a, 33(1)f, 31(1) Akta Makanan 1983, selain Undang-undang Kecil Pelesenan dan Petempatan Makanan 2020.

Katanya, selain notis dan kompaun, terdapat sebuah premis diarahkan tutup selama 14 hari susulan tahap kebersihan yang tidak memuaskan dengan gred C mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Pihak MPAG sentiasa memandang serius terhadap aduan berkaitan aspek penyediaan makanan yang merangkumi kebersihan premis, kebersihan pengendali makanan dan keselamatan makanan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Saifuddin turut mengingatkan pengendali makanan, khususnya di sekitar Alor Gajah untuk sentiasa mematuhi etika pengendalian makanan yang bersih serta tidak mengabaikan aspek keselamatan makanan yang ditetapkan.

Katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan laporan kepada MPAG atau Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sekiranya terdapat premis makanan tidak bersih atau melanggar peraturan yang ditetapkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

19434
Kongsi :
Previous post 15 ‘gadis kalung bunga’ warga asing ditahan
Next post JPJ Melaka sita 33 motosikal, keluarkan 190 notis pelbagai kesalahan
Ubah saiz-+=