Sorting by

×

MPAG dekati masyarakat

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

TANJUNG BIDARA 19 Ogos – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mahu meningkatkan lagi pembabitan rakyat dalam setiap aktiviti dianjurkan menerusi Program MPAG Bersama Masyarakat.

Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, selain mendekati penduduk setempat program seumpama itu mampu merakyatkan perkhidmatan awam.

Katanya, sebelum ini program itu digelar ‘town hall’, tetapi ditukar kepada MPAG Bersama Masyarakat agar lebih mesra dan dekat dengan penduduk di daerah berkenaan.

Menjadi harapan beliau, agar hasil daripada program dianjurkan rakyat lebih peka dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan MPAG untuk keselesaan mereka.

“Kami mempunyai pelan strategik bagi tahun 2021 hingga 2025 dan meningkatkan penglibatan komuniti serta komunikasi berkesan dalam tadbir urus bandar antara aspek yang diberikan penekanan.

“Menerusi strategi ini, MPAG akan menganjurkan program bersama masyarakat untuk mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi mereka,” katanya ketika berucap pada Program MPAG Bersama Masyarakat Tahun 2023 di Kompleks Japerun Tanjung Bidara, di sini, semalam.

Program dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh itu turut dihadiri Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Turut hadir Pegawai Daerah Alor Gajah, Sabrina Thalas, Jurutera Daerah Alor Gajah, Ir. Mohd Haidir Haron dan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Saifuddin berkata MPAG melakukan perancangan pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara berdasarkan Rancangan Tempatan (RT) Alor Gajah 2035.

“Antara yang dirancang adalah pemuliharaan persisiran pantai dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perikanan Melaka serta pihak swasta.

“Pemuliharaan Pantai Tanjung Bidara dengan struktur ‘reef ball’, menerapkan konsep ‘sponge city’ yang mana kawasan rendah di DUN Tanjung Bidara akan menggunakan komponen ini.

“Selain itu MPAG bercadang membangunkan pusat ekonomi komuniti menyediakan ruang perniagaan, pemasaran, perkhidmatan dan pembuatan semua kompleks Japerun.

“Kami juga mahu menaik taraf pelancongan inap desa (homestay) dan lain-lain lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3029
Kongsi :
Previous post Persimpangan Elmina Lebuh GCE dibuka semula kepada pengguna
Next post Melaka iktiraf peranan pengamal media
Ubah saiz-+=