
MPAG bersihkan longkang atasi pembiakan nyamuk Aedes
ALOR GAJAH 5 Ogos – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengambil tindakan pantas membersihkan longkang di sekitar Jalan Seri Tanjung, Gadek selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai perkara itu.
MPAG menerusi laman Facebook rasminya berkata, tindakan membersihkan longkang tersebut bagi membasmi aktiviti pembiakan nyamuk Aedes sekaligus melancarkan aliran air di longkang tersebut sekiranya berlaku hujan lebat.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut memuat naik hantaran gambar-gambar keadaan longkang sebelum dan selepas tindakan pihaknya membersihkan longkang tersebut.
Tindakan membersihakan longkang tersebut bagi membasmi aktiviti pembiakan nyamuk Aedes sekaligus melancarkan aliran air di longkang tersebut sekiranya berlaku hujan lebat.
Menerusi hantaran tersebut, kelihatan sampah-sampah serta tanah mendap memenuhi longkang terbabit menjadikan longkang yang dalam tersebut tidak dapat mengalirkan air.
“Orang ramai turut diingatkan untuk tidak membuang sampah merata-rata serta disarankan untuk membuang sampah di tong sampah berhampiran untuk menjaga kemaslahatan bersama dalam menuju ke arah bandar lestari dan berdaya huni menjelang 2035,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI LAMAN TIGA BUDAYA
ASAHAN 31 Mac - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi-manda bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di air terjun...
85 JUADAH DIHIDANGKAN DI SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA
BUKIT PALAH 31 Mac - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat kebangsaan yang diadakan di Melaka pada 5 April...
DUN PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA
PAYA RUMPUT 31 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput akan menjadi DUN pertama membuka tirai penganjuran Rumah Terbuka...
‘BAKSO TIPAH’ JUADAH ISTIMEWA AIDILFITRI KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT PAYUNG
ALOR GAJAH 31 Mac - Setiap kali tibanya Syawal, masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Payung tidak terkecuali daripada kemeriahan...
RAMADAN, SYAWAL TERINDAH BUAT NUR HAURA JANE
KESIDANG 31 Mac - Pengalaman pertama kali berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini memberi pengalaman amat indah buat...
PENIAGA BAZAR IKONIK BANDA HILIR UCAP TERIMA KASIH KEPADA KETUA MENTERI
BANDA HILIR 31 Mac - Meskipun keputusan Kerajaan Negeri memindahkan tapak penganjuran Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah ke Banda Hilir...