MPAG bersama masyarakat, usaha merakyatkan perkhidmatan awam

Masa Membaca:55 Saat

ALOR GAJAH 25 Januari – Sebagai usaha mewujudkan hubungan dua hala dan merakyatkan perkhidmatan awam, program kelolaan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bersama masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning telah diadakan pada Sabtu lalu.

Yang Dipertua MPAG, TPr Saifuddin Abdul Karim berkata program tersebut merupakan program bersama komuniti yang bertujuan untuk mendekati penduduk setempat.

Katanya, objektif program tersebut juga untuk mengeratkan hubungan bersama-sama kepimpinan setempat.

“Selain mewujudkan hubungan dua hala antara MPAG dan rakyat, pelbagai pengisian menerusi program yang dilaksanakan.

“Antaranya adalah Taklimat Asas Pembangunan DUN Taboh Naning oleh Pengarah Perancang Bandar MPAG, sesi dialog bersama masyarakat dan penyampaian sumbangan kepada penduduk DUN Taboh Naning.

“Bagi pihak MPAG, kita mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi terlibat yang turut bersama-sama mengadakan pameran dalam program ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi MPAG baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Md Zin, Jurutera Daerah Alor Gajah, Ir. Mohd. Haidir Haron, Ketua Penolong Pegawai Daerah mewakili Pegawai Daerah Alor gajah Mohd Hafidz Dain dan kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1194
Kongsi :
Previous post Projek SASaR Sateria Residensi dijangka siap tahun depan – Mohamad
Next post KKM ambil langkah advokasi, bimbing penjualan Tiger Pod semakin berleluasa
Ubah saiz-+=