
MOVAK sasar 250 penerima vaksin sehari – KM
AYER KEROH 16 Julai – Kerajaan Melaka melaksanakan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) dengan menyasarkan kapasiti seramai 250 penerima vaksin sehari.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata sebagai permulaan pemberian vaksin itu menumpukan di lokaliti dirancang di Japerun Kuala Linggi.
“Program ini merupakan program pemberian vaksin kepada komuniti secara mobile atau outreach (static), bagi mempermudahkan rakyat mendapat vaksin.
“Pemberian vaksin ini dijalankan dengan menggunakan bas dengan sasaran kapasiti seramai 250 orang penerima vaksin sehari,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Penjawat Awam Julai 2021 yang disiarkan secara dalam talian melalui Facebook (FB) rasmi Sulaiman Md Ali, Kerajaan Negeri Melaka dan Melaka Hari Ini sebentar tadi.
Program itu mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka (JPNIN) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...