MOUNT OPHIR TRAIL RUN 2025 LEBIH MENCABAR

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

ASAHAN 23 September – Cadangan untuk memperkenalkan kategori 100 kilometer (km) bakal menjadikan acara larian denai Mount Ophir Trail Run, edisi akan datang lebih mencabar buat peserta yang mengambil bahagian.

Penganjur Mount Ophir Trail Run 2024, Yeo Peng Yong berkata, cadangan itu adalah berdasarkan kepada maklum balas yang amat positif daripada peserta yang mahu tahap kesukaran ditingkatkan lagi sejak acara larian denai itu diperkenalkan pada 2023.

Katanya, apabila dilaksanakan kelak peserta berjaya menamatkan jarak 100 km itu juga secara automatik layak untuk menyertai mana-mana larian lasak lain dianjurkan di peringkat dunia.

“Bagi 2024 kita perkenalkan kategori 84 km, tahun hadapan 100 km pula. Antara tahap kesukaran dicadangkan tahun hadapan adalah peserta perlu daki Gunung Ledang hingga ke puncak dan turun semula.

“Selepas berjaya melepasi halangan itu peserta perlu tawan satu lagi puncak dikenali sebagai ‘Bukit 800’, kita juga akan tambah tempat pemeriksaan (check point) tahun hadapan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 09 23 At 1.57.18 Pm
PENG Yong.

Peng Yong turut memaklumkan, kira-kira 400 peserta yang menyertai program larian denai pada tahun ini dianjakkan penyertaan mereka kepada tahun hadapan.

Jelasnya, ia berikutan perubahan tarikh yang mana sepatutnya acara larian lasak itu diadakan pada Julai lalu namun dianjak ke September.

“Kita tunda tarikh disebabkan terdapat kes kencing tikus di Gunung Ledang pada Julai lepas dan dinasihatkan untuk tukar tarikh. Seramai 400 peserta tidak dapat turut serta kali ini apabila tarikh bertukar jadi kita bawakan penyertaan mereka ke tahun hadapan.

“Selain itu kita merancang untuk menganjurkan acara ini dalam skala lebih besar, menjadi semakin meriah pada tahun hadapan dengan halangan dan cabaran yang lebih berliku,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

95
Kongsi :
Previous post CUAI MASUKKAN GAMBAR, EMPAT PEGAWAI JAIM DIKENAKAN TINDAKAN
Next post MENGAKU MERASUAH POLIS, PENJUAL ULAM DIDENDA RM2,000
Ubah saiz-+=