
MOU PDI dimuktamad dalam lawatan kerja Menteri Sumber Manusia ke Jakarta, Isnin ini
KUALA LUMPUR, 19 Jan – Isu-isu berkaitan memorandum persefahaman (MoU) berhubung Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) akan dimuktamadkan dalam lawatan kerja Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan ke Jakarta, Indonesia, Isnin ini.
Saravanan dalam kenyataan hari ini berkata beliau dijadualkan bertemu rakan sejawatnya Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia Ida Fauziyah bagi memuktamadkan perkara itu supaya MoU tersebut dapat ditandatangani pada 7 dan 8 Feb ini di Bali, Indonesia.
“Ini juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Jan 2022 agar satu lawatan diadakan bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung pemeteraian MoU tersebut.
“Isu-isu utama berkaitan dengan MoU tersebut berhubung One Maid One House, One Channel System dan gaji PDI telah pun disepakati menerusi siri rundingan antara kedua pihak,” katanya.
Beliau berkata MoU terdahulu telah ditandatangani Menteri Sumber Manusia pada 2006 di Bali dan protokol bagi meminda MoU berkenaan telah ditandatangani di Bandung, Indonesia pada 2011.
Saravanan berkata pertemuan itu akan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga dalam siri lawatan kerja ke Indonesia minggu depan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...