
Motosikal terbabas, penunggang maut terseret
ALOR GAJAH 15 Ogos – Seorang pekerja sebuah syarikat logistik maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas dalam kemalangan di Kilometer 201.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pada jam 10.10 pagi itu, Abdul Wahi Azim Abdul Razak, 25 yang beralamat di Seksyen 5, Kota Damansara, Selangor maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Umbai menghala ke Sepang, Selangor.
“Kemalangan dipercayai berpunca daripada motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kecemasan.
“Mangsa terseret sejauh lima meter sebelum tercampak ke longkang besi pembahagi jalan di lorong berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu mangsa yang mengalami kecederaan dalaman kemudian disahkan meninggal di lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.
Katanya, motosikal mangsa ditahan untuk Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...