
Motosikal bertembung, seorang parah
PAYA RUMPUT 24 Jan – Seorang lelaki berusia 40 tahun parah selepas Modenas Kriss ditunggang terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Paya Rumput, di sini, jam 5.20 petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, berdasarkan maklumat awal diterima mangsa dilaporkan patah kaki dan rusuk kanan serta mengalami pendarahan otak.
“Hasil siasatan awal Modenas Kriss berkenaan dipercayai ditunggang secara melawan arus. Pada masa yang sama sebuah Suzuki Panther ditunggang seorang remaja datang dari arah Paya Rumput menghala ke Melaka.
“Ketika itu laluan (lampu isyarat) remaja terbabit masih hijau, akibatnya dua motosikal terbabit bertembung di tengah persimpangan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang parah sedang dirawat di Zon Merah Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Hasan mengingatkan, penunggang motosikal khususnya penghantar makanan supaya lebih berhati-hati ketika di jalan raya dan tidak mengambil mudah udang-undang lalu lintas yang dikuatkuasakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...