
Motif penculikan Albertine Leo didedah selepas siasatan lengkap
JOHOR BAHRU 30 Julai – Motif kes culik Albertine Leo Jia Hui, 6, pada 20 Julai lepas akan didedahkan hanya selepas polis melengkapkan siasatan berhubung kes itu tidak lama lagi, kata Ketua Polis Johor CP M Kumar.
Beliau berkata buat masa ini maklumat berkenaan tidak didedahkan kepada umum bagi menggelak ia daripada mengganggu siasatan.
“Kita melakukan siasatan secara menyeluruh. Bagaimanapun laporan perubatan yang diterima mengesahkan kanak-kanak ini tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Albertine ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 4.45 pagi 23 Julai lepas, tiga hari selepas dia dilaporkan hilang di sebuah pusat beli-belah di sini, dan polis telah menahan reman seorang suspek lelaki berumur 31 tahun bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RM83.67 JUTA LAKSANA BAS.MY DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 29 Oktober - Melaka menerima peruntukan berjumlah RM83.76 juta daripada Kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi melaksanakan perkhimatan...
TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI MELAKA – AARON CHIA
AYER KEROH 29 Oktober - "Terima kasih buat Kerajaan Negeri Melaka kerana sentiasa memberi semangat kepada atlet Melaka," kata pemain...
MICOST LAHIR 3,670 GRADUAN SEJAK 2006
BANDARAYA MELAKA 29 Oktober - Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) yang ditubuhkan pada 2006 telah berjaya melahirkan...
PENGANJURAN JUALAN RAHMAH DISASAR MENINGKAT 200 PERATUS
ALOR GAJAH 29 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, menyasarkan jumlah penganjuran Jualan Rahmah...
PMH TEROKA PERNIAGAAN EJEN KEMBARA
AYER KEROH 29 Oktober - Perbadanan Melaka Holdings (PMH) Sdn Bhd, mengambil peluang meneroka aktiviti perniagaan baharu iaitu ejen kembara...
KALSOM TERIMA ANUGERAH TEMENGGONG TUN HASSAN DMDI
AYER KEROH 29 Oktober - Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu,...