Sorting by

×

MoT sokong inisiatif Kerajaan Negeri di LTAM

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BATU BERENDAM 13 November- Kementerian Pengangkutan (MoT) menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan Negeri menarik pelaburan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di sini.

Menterinya, Anthony Loke berkata sebelum ini beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengenai isu dihadapi di LTAM.

Katanya, Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif menarik pelaburan daripada sebuah syarikat penerbangan untuk beroperasi di LTAM.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan bentuk pelaburan yang dibincangkan antara Kerajaan Negeri  dengan syarikat tersebut.

070b37f6 7475 4861 876e B84ffc57f4ab
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Pada sidang media.

“Isu di LTAM ia berikutan kebanyakan syarikat penerbangan komersial mempunyai kekangan dari segi kapasiti dan kurang permintaan.

“Di peringkat kerajaan Persekutuan, kita terbuka untuk melihat bagaimana untuk menyokong pelaburan ini di Melaka.

“Apabila pelabur ini, jika mereka benar-benar mahu melabur di Melaka, maka saya akan cuba membantu untuk ‘facilitate’ dengan MAHB (Malaysia Airport Holdings Berhad),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bot ‘Hydroglyder’ yang menggunakan teknologi elektrik di sebuah kilang di Batu Berendam di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Terdahulu pada September lalu, Melaka Hari Ini melaporkan LTAM menghentikan operasi pesawat komersial dengan penerbangan terakhir ke Pulau Pinang pada Jun lepas.

Manakala penerbangan turut dihentikan dari Pekan Baru, Indonesia pada 16 Ogos lalu berikutan ketiadaan perjanjian rasmi dengan Kerajaan Negeri menjadi antara punca syarikat penerbangan komersial bertindak sesuka hati menamatkan perkhidmatan mereka di lapangan terbang terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

880
Kongsi :
Previous post Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza kini di tahap kritikal – NGO
Next post Malaysia miliki kepakaran pembuatan EV darat dan laut
Ubah saiz-+=