Momentum kesepaduan pacu kejayaan gerak kerja BISTARI

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 30 Jun – Kesepaduan antara ahli Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka (BISTARI) menjadi tonggak kepada kejayaan setiap gerak kerja yang diaturkan.

Pengerusi BISTARI Negeri, Datin Seri Utama Zuriyah Abd Aziz berkata, dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada warga BISTARI sudah pasti perancangan badan kebajikan itu tidak dapat direalisasikan selain komitmen BISTARI untuk terus berkhidmat kepada rakyat tidak akan tercapai.

“Saya amat berbangga dan berterima kasih kepada ahli-ahli BISTARI yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk terus kekal komited dalam merealisasikan segala aktiviti yang dirancang.

“Saya menyeru agar kita semua mengekalkan momentum kesepaduan, agar lebih banyak perkara dapat dilaksanakan demi kelestarian rakyat sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung BISTARI Kali-41, disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di Seri Bendahara, hari ini.

Img 20240630 184200 981
ZURIYAH berucap pada Mesyuarat Agung Kali Ke-41 di Seri Bendahara.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BISTARI Negeri Melaka, Datin Hartinee Ibrahim dan Setiausaha BISTARI, Negeri Melaka Datin Ernie Aidilia Karim.

Menurut, Zuriyah, mewakili BISTARI, beliau amat berharap agar program-program yang akan diaturkan mampu memberi impak positif khususnya kepada rakyat.

“Untuk mesyuarat kali ini antara yang dibincangkan adalah aktiviti kebajikan membabitkan sumbangan perayaan dan program ziarah kasih.

“Malah dikesempatan ini juga saya berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana sudi memberikan sumbangan kewangan dalam membantu kami memperhebatkan lagi aktiviti kebajikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

217
Kongsi :
Previous post Pemandu Lamborghini maut, kereta terbabas dan terbakar
Next post Teater warisan, sejarah diteruskan
Ubah saiz-+=