Mohon semula pembangunan kawasan tambakan laut di bawah UNESCO

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 9 Julai – Kerajaan Negeri akan memohon pertimbangan semula daripada Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk membenarkan kerja bagi membangunkan kawasan tambak laut di lokasi diiktiraf sebagai tapak warisan oleh badan dunia itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, permohonan semula itu bagi membantu pihak konsesi yang telah melakukan pembangunan di kawasan terbabit selepas menerima kelulusan daripada pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu.

Katanya, UNESCO sebelum ini telah menolak cadangan untuk memajukan kawasan yang sebahagian daripada tanah tambak untuk dibangunkan.

“Sepatutnya kawasan tambak yang diiktiraf UNESCO tidak dibenarkan untuk dibina sebarang bangunan. Kawasan tersebut tidak sepatutnya diberikan konsesi kepada mana-mana yang mohon untuk membangunkan kawasan terbabit, namun ia telah terlepas pandang dan diluluskan.

“UNESCO telah menetapkan syarat jika mahu majukan kawasan terbabit perlu mengikut ketetapan yang telah diletakkan seperti mengikut reka bentuk UNESCO dan sebagainya,” kata Ketua Menteri pada sidang media sempena Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ab Rauf menjawab soalan tambahan Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (Lendu-BN) berkaitan pembangunan di tambak laut yang digazetkan di bawah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

183
Kongsi :
Previous post Sidang DUN kedua penggal ketiga bermula hari ini
Next post Kerajaan Negeri hanya belanja 16 peratus kos Fan Bingbing
Ubah saiz-+=