Sorting by

×

Mohon pindaan had umur belia dilanjut lagi dua tahun- Shanmugam

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

AYER KEROH 6 Dis. – Kerajaan negeri memohon pelaksanaan pindaan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun dilanjutkan dua tahun akan datang.

Exco Belia, VP Shanmugam menjelaskan ia perlu dilanjutkan berikutan memerlukan masa bagi menghasilkan kepimpinan belia yang cemerlang dan berwibawa untuk mengambil alih pucuk pimpinan golongan berkenaan.

Ujarnya, ia perlu dilanjutkan susulan situasi pandemik yang dialami negara sejak 2020 telah membantutkan dan menyukarkan sebarang pertemuan secara bersemuka bagi menyediakan pelapis belia yang berkaliber dalam menerajui kepimpinan pada masa hadapan.

“Saya mohon kalau boleh ada pertimbangan, bagilah dua tahun. Tahun ini merupakan 2021, sepatutnya pada tahun hadapan Januari 2022 kita kena amalkan (pindaan berkenaan), jadi saya mohon ia dilanjutkan sehingga 2023.

“Kita akan menyediakan belia yang betul-betul berkaliber dan tahu apa itu masa depan untuk belia supaya dalam masa dua tahun ini, kita mampu menyediakan belia untuk ambil alih pucuk pimpinan yang bakal boleh dibawa secara cemerlang.

“Kita sekarang jangan buat tindakan tergesa-gesa kerana ia mungkin meruntuhkan belia kita. Ini adalah pandangan saya selaku Exco dan juga pandangan rakan-rakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2021 dan Penyampaian hadiah kepada enam pemenang Anugerah Perdana Belia Negara 2021 di sebuah hotel di Ayer Keroh.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad.

Tambahnya, menerusi Konsep 1: Had Umur Setara Piawaian Antarabangsa seperti yang terkandung dalam Dasar Belia Malaysia mengurangkan jurang generasi dan mempercepat proses kematangan belia Malaysia juga dilihat berbeza dengan negara barat lain.

“Di Malaysia dengan negara-negara barat adalah dua senario yang berbeza.

“Saya rasa ini singkat tetapi akta telahpun disebut, Parlimen telah pun lulus (jadi) kita tidak mempunyai kuasa (kerana) kita adalah pengamal.

“Ini bermaksud secara pengamal, bagi lagi dua tahun kepada belia ini untuk betul betul meyakinkan kepimpinan itu dan boleh terajui masa depan,” ujarnya.

November lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan di Parliman mulai 1 Januari depan mengumumkan perlaksanaan buat individu untuk memegang jawatan dalam persatuan belia diturunkan dari 40 tahun kepada 30 tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

638
Kongsi :
Previous post 25 mangsa dipindahkan akibat banjir kilat di Batu Pahat
Next post Pemimpin utama parti politik di Sarawak serah borang pencalonan
Ubah saiz-+=