Sorting by

×

Mohon peruntukan RM2 juta atasi isu pengairan sawah padi Klebang

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 9 Julai – Kerajaan Negeri memohon peruntukan sebanyak RM2 juta bagi penyelesaian jangka pendek sistem pengairan sawah padi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata permohonan itu telah dihantar kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi mendapatkan kelulusan.

“Sementara menunggu projek sistem pengairan yang dijangka siap pada tahun 2027, kita akan laksanakan pelan jangka pendek yang mana mewujudkan pam-pam air dan saliran kecil di kawasan terlibat.

“Ini bagi membantu kawasan ‘low stress water level’ yang telah dikenal pasti seperti di Kampung Pinang, Kampung Bukit Kecil dan Kampung Gedong Lalang.

“Kita berharap permohonan dapat diluluskan bagi membantu pesawah-pesawah di kawasan ini mengatasi masalah saliran sebelum projek tersebut direalisasikan pada tahun 2027,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kawasan sawah padi di DUN Klebang itu melibatkan keluasaan kira-kira 800 hektar.

“Ketika ini pengairan di kawasan tersebut amat kritikal, justeru pelan jangka pendek ini perlu dilaksanakan untuk tempoh sementara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

79
Kongsi :
Previous post Perinci semula kos naik taraf padang bola Taboh Naning
Next post JKM Melaka mohon KPWKM tambah pegawai kendali kes
Ubah saiz-+=