Mohon pembaharuan Sijil Pengesahan Halal tiga bulan awal

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 6 April – Kesemua 71 pengusaha hotel di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka perlu mempunyai Sijil Pengesahan Halal (SPH) bagi kebenaran menggunakan istilah atau logo dalam pengiklanan bufet Ramadan.

Presidennya Khairulnizam Kasim berkata, pemilik hotel dinasihatkan untuk membuat permohonan pembaharuan sijil halal tersebut tiga bulan lebih awal sebelum tarikh tamat tempoh.

“Mungkin kebanyakan hotel dalam proses permohonan pembaharuan, hotel saya sendiri pun dalam proses pembaharuan lagi, cuma pembaharuan SPH ini mengambil masa sedikit.

“Sebab itu kita nasihatkan supaya semua pengusaha atau pemilik hotel mohon tiga bulan lebih awal sebelum tarikh sijil itu tamat tempoh.

“Bila jadi macam ini, ia akan memberi kesan kepada hotel-hotel yang tidak dapat menggunakan istilah atau logo dalam bufet Ramadan tersebut,” katanya ketika dihubungi MHI.

Katanya, biarpun dokumen sudah lengkap bahagian audit akan turun ke lapangan untuk memeriksa sama ada premis tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Pihak berkenaan akan buat audit di lapangan, mereka akan periksa kebersihan dapur, ada bahan terlarang yang tidak didaftarkan menerusi sistem dalam talian atau tidak, bila tak ikut SOP proses akan tertangguh lagi.

“Biasanya kalau hotel mewah mereka memang sudah mohon pembaharuan lebih awal, cuma hotel-hotel biasa sahaja, kalau buat bayaran lambat, proses buat audit pun akan jadi lambat,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2843
Kongsi :
Previous post Laungan ‘dak kecik’ naik 4×4 tarik jemaah tunai tarawih
Next post 40 peniaga dapat lesen berniaga
Ubah saiz-+=