Sorting by

×

Mohon kepada CITF jika mahu dapatkan vaksin COVID-19 awal

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PUTRAJAYA 27 April. – Mana-mana pihak yang mahu menjadi golongan lebih awal untuk menerima vaksin COVID-19 termasuk pengamal media boleh mengemukakan permohonan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Katanya Kementerian Kesihatan (KKM) buat masa ini belum menerima sebarang senarai maklumat daripada pihak media dan sekiranya ada permohonan, KKM akan mengemukakannya kepada CITF untuk tindakan lanjut.

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. Gambar fail.

Menurut Dr Adham, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah disusun secara sistematik mengikut fasa yang ditetapkan, manakala permohonan untuk menerima vaksin awal akan dilakukan berdasarkan metrik dan kaedah tertentu oleh CITF.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Sambutan Hari Imunisasi peringkat kebangsaan di sini hari ini, susulan kenyataan Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia yang meminta penjelasan kerajaan dalam isu pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pengamal media berikutan laporan yang mendakwa kakitangan sebuah organisasi media sudah menerima vaksin.

Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata kerajaan telah bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin COVID-19, tertakluk kepada bekalan vaksin mencukupi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

381
Kongsi :
Previous post 12 pegawai penguat kuasa disyaki terbabit Geng Nicky ditahan
Next post Melaka harap atlet negeri mampu menyinar di Sukan Olimpik
Ubah saiz-+=