Sorting by

×

MOHD SALEH BAKAL TERAJUI SAMB BERMULA 1 JANUARI 2025

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 26 Disember – Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), Datuk Mohd Saleh Jusman bakal menerajui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berkuatkuasa 1 Januari 2025.

Pelantikan Mohd Saleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SAMB diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika berucap pada Majlis Makan Malam SAMB 2024 di sebuah hotel di sini malam tadi.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah SAMB berkata pelantikan itu berdasarkan pengalaman dan kebijaksanaan Mohd Saleh yang telah menerajui entiti korporat seperti Melaka Sentral Sdn Bhd, Kumpulan Melaka Berhad dan CMI.

“Dengan semua pengalaman itu sudah pastinya beliau mampu mengemudi SAMB dengan lebih berdaya saing, sekali gus menggalas peranan ini sebaiknya nanti.

“Saya juga mahu semua warga kerja SAMB bekerja dengan bersungguh-sungguh, memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan serta bijak menangani apa juga perkara yang berlaku ketika menyantuni masalah rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latif.

Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan SAMB, Hanim Ghauth dan Ahli Lembaga Pengarah SAMB, Datuk Wira Zainal Abu serta kenamaam lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1017
Kongsi :
Previous post SAMB RAIKAN KAKITANGAN
Next post SAMB REKOD PENINGKATAN PENDAPATAN RM309 JUTA BAGI TAHUN 2024
Ubah saiz-+=