Sorting by

×

Mohd Ridhwan jauhi politik kebencian

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

HANG TUAH JAYA 7 November – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya (P137), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali memilih untuk berkempen secara sihat dan menjauhi politik kebencian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, sepanjang tempoh 14 hari berkempen, beliau akan lebih menekankan kepada penyelesaian isu rakyat.

“Apa yang saya akan bawa adalah isu-isu yang tersangkut yang tidak dapat diselesaikan di peringkat tertinggi.

“Antaranya isu infrastruktur, penyelenggaraan yang tidak selesai dan isu banjir serta pelbagai lagi isu yang begitu lama untuk diselesaikan di peringkat pusat.

“Untuk kempen kali ini pula saya tidak fokus kepada politik kebencian, apa yang nak difokuskan adalah isu kebajikan dan ekonomi yang menjadi fokus kepada orang ramai, bukan sahaja orang muda tapi juga orang ‘lama’, kerana itu lebih penting,” katanya ketika ditemui di Pejabat UMNO Bahagian Bukit Katil, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan untuk penduduk di Parlimen Hang Tuah Jaya untuk memberi ruang dan peluang kepadanya untuk berkhidmat membantu dan menyelesaikan isu yang tidak diselesaikan selepas sekian lama.

“Saya harap penduduk dan pengundi Hang Tuah Jaya dapat memberi ruang dan peluang untuk saya mewakili suara Hang Tuah Jaya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1974
Kongsi :
Previous post UTeM perlu terus jadi pusat rujukan – Tun Mohd Ali
Next post Jangan gunakan masjid, surau untuk berpolitik – KM
Ubah saiz-+=