
Mohd Ali rasmi sidang DUN Melaka buat kali pertama
AYER KEROH 20 Julai – Persidangan kedua penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 membuka tirai secara rasmi di Seri Negeri hari ini.
Persidangan itu mencatat sejarah buat pertama kalinya apabila dirasmikan Yang di-Pertua Negeri ke-7 Tun Datuk Seri Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang baru sahaja mengangkat sumpah jawatan pada Jun menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.
Majlis berkenaan dimulakan dengan ketibaan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman pada jam 9 pagi.
TYT Yang di-Pertua kemudiannya menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum berarak masuk ke dewan utama dan menyampaikan ucapan perasmian.
Hadir sama, Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri (Exco) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Sidang DUN kali ini berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan akan berakhir pada Khamis (23 Julai).
Difahamkan, pembukaan sidang DUN esok bakal dimulai dengan ucapan terima kasih daripada Ketua Menteri diikuti perbahasan bagi menjawab soalan lisan mahupun bertulis.
Views:
Related


Berita Lain
SISA PEPEJAL MENURUN, SISA MAKANAN MENINGKAT DI TAPAK PELUPUSAN
AYER KEROH 18 Mac - Jumlah sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan sampah seluruh negara menunjukkan penurunan sebanyak 2.7...
MELAKA UMUM 2 INISIATIF KHAS AIDILFITRI
AYER KEROH 18 Mac - Dua inisiatif khas disediakan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban rakyat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri...
REZEKI ANAK DAPAT BAJU RAYA PERCUMA
Oleh: Azwani Mohammad PENGKALAN BATU 18 Mac - Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 210 anak-anak fakir, miskin dan yatim...
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...
BUSANA AIDILFITRI UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 18 Mac - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 210 kanak-kanak penerima bantuan Tautan Kasih Ramadan 'Busana...