
Moga ada sinar baharu sektor pelancongan di Melaka
MASJID TANAH 6 Mac – “Bila dah boleh rentas daerah semula sekarang ini saya harap sektor pelancongan Melaka kembali pulih 70 peratus.”
Itu luahan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali selepas Negeri Melaka ditukar status daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada PKP Pemulihan (PKPP) serta dibenarkan pergerakan rentas daerah sejak semalam.
“Saya tidak harapkan kembali pulih 100 peratus, tetapi cukuplah sekadar 70 peratus bagi sektor pelancongan yang jatuh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.
“Bila dah boleh rentas daerah secara tidak langsung ia dapat merancakkan semula ekonomi sektor pelancongan di Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Kampung Durian Daun, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri dan Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Wira Sazali Muhd Din.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...