Model perniagaan baharu mampu lonjak semula ekonomi Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BUKIT RAMBAI 30 April – Pengenalan model perniagaan baharu yang berupaya menghapuskan khidmat orang tengah diyakini mampu memacu semula ekonomi Melaka di tahap lebih baik.

EXCO Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Zaidi Attan berkata, menerusi model berkenaan, ia dapat memanfaatkan golongan peniaga kecil di sebalik krisis kenaikan harga barangan pada masa kini.

Situasi itu, katanya sekali gus dapat meningkatkan semula kuasa membeli oleh rakyat di negeri ini.

“Seperti contoh model perniagaan yang dipraktikkan Baloy Wholesale Mart yang mana mereka menyediakan kredit selama enam bulan tanpa faedah yang membolehkan peniaga kecil membuat pembayaran secara ansuran dan membantu mereka dalam situasi kenaikan harga barangan masa kini.

“Selain itu, harga barangan di sini juga jauh lebih rendah kerana mereka memotong rangkaian pengagihan itu daripada pengilang terusn kepada pengguna, sekali gus ia dapat menghapuskan khidmat orang tengah.

“Jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada Baloy Wholesale Mart kerana memperkenalkan model baharu ini yang sealiran dengan hasrat kerajaan negeri mempercepatkan proses ekonomi pasca pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Balot Wholesale Mart cawangan kedua di Bukit Rambai yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Baloy Wholesale Mart Yen Chee Yung dan Pengarah Baloy Wholesale Mart Datuk Md Asri Abdul Rahim.

Dalam majlis itu, Zaidi turut mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada petugas barisan hadapan negeri menjelang perayaan Aidilfitri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1731
Kongsi :
Previous post 1,000 keluarga B40 Tanjung Bidara terima kit makanan pandu lalu
Next post Hampir 10,000 pekerja TNB bertugas pada Aidilfitri, pastikan bekalan elektrik stabil
Ubah saiz-+=