Sorting by

×

MODEL MODENKAN KAMPUNG SELURUH NEGARA

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 5 Februari – Inisiatif Kampung Digital antara perkara yang dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-145 di Bilik Mesyuarat Perdana, Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam.

Ketua Menteri berkata, inisiatif Kampung Digital yang merupakan projek perintis pertama negeri ini dan negara bagi memodenkan 618 kampung seluruh Melaka.

“Projek ini dilihat sebagai satu langkah progresif selaras dengan matlamat untuk meningkatkan kemajuan sosial, ekonomi dan teknologi dalam kalangan penduduk kampung.

“Mewakili Kerajaan Negeri Melaka, saya berharap inisiatif ini dapat dijadikan model dan panduan terbaik serta rujukan oleh negeri lain. Perkara ini boleh menjadi panduan kepada 28,303 kampung di Malaysia agar setiap alamat kampung lebih seragam dan berstruktur,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Terdahulu mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof.

Yang turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Dato’Azhar Arshad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

86
Kongsi :
Previous post MEKANIK MAUT TERLANGGAR TAYAR GANTI DALAM KEMALANGAN LIMA KENDERAAN
Next post MAIM TERUSKAN HUBUNGAN BAIK BERSAMA ARB