MMKN di setiap DUN, usaha merakyatkan pentadbiran Kerajaan Negeri

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 29 Jun – Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bakal dilaksanakan di Japerun dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula pertengahan Julai ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pelaksanaan itu merupakan usaha kepimpinan beliau untuk merakyatkan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Malah kata Ketua Menteri, perbincangan itu nanti akanย  turut membabitkan semua agensi Kerajaan Negeri yang berkenaan.

“MMKN akan diadakan di setiap Japerun dan seluruh DUN. Kita akan bermula dua minggu lagi.

“Ini merupakan usaha untuk merakyatkan pentadbiran Kerajaan Negeri, sekali gus dapat menyantuni rakyat bagi menyelesaikan isu secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Lerย di Dataran Perbadanan Melaka (MCORP), di sini, malam tadi.

Hadir sama, Speaker DUN, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco dan Timbalan Exco serta kenamaan lain.

Pada karnival terbabit, Ab Rauf turut mencabut dua nama pemenang bertuah yang memandu pulang Proton Persona dan Proton X50 sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Dianggarkan hampir 300,000 pengunjung membanjiri dataran terbabit bagi menyaksikan konsert dan persembahan artis tanah air serta menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual.

Karnival terbabit diadakan dua hari bermula 29 dan 30 Jun di Melaka yang merupakan lokasi ketiga selepas Sarawak dan Putrajaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

261
Kongsi :
Previous post Kerajaan belum buat sebarang keputusan mengenai subsidi petrol – PM
Next post TMM2024: Lima acara pelancongan sepanjang Julai
Ubah saiz-+=