MMACP sasar dekati lebih ramai penonton

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 20 Jan. – Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park (MMACP) memperkenalkan tujuh segmen secara maya bagi menarik lebih 10,000 penonton setiap minggu.

Ketua Pegawai Eksekutif MMACP, Arif Faiz Zainudin berkata, bermula Januari 2021 sehingga hari ini MMACP merekodkan lebih 15,000 penonton menerusi Facebook rasminya.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan penonton kita dah lebih 15,000 menerusi sembilan segmen secara maya, namun sasaran kita 10,000 penonton setiap minggu.

“Setiap hari akan ada satu segmen jam 9 pagi, semua segmen berbeza seperti masakan, kecantikan dan kesihatan, tazkirah, inspirasi, jom sihat serta budaya dan tradisi,” katanya kepada MHI.

ARIF Faiz

Jelasnya, sebelum PKP 2.0 hanya enam segmen dilaksanakan iaitu pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Sekarang kita ada tujuh segmen dari hari Isnin hingga Ahad termasuk menjemput artis ‘Instafamous’ untuk menarik lebih ramai penonton.

“Bagaimanapun, setakat ini segmen inspirasi paling mendapat sambutan kerana segmen ini berkongsi mengenai kejayaan seseorang dalam bidang diceburi mereka,” katanya lagi.

Promosi segmen secara maya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pada masa sama, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, MMACP terus melaksanakan kerja sanitasi sekali sehari di setiap rumah pameran.

Views:

446
Kongsi :
Previous post Mahu beli ikan dan daging antara alasan popular
Next post Tun Mohd Ali Rustam ziarah keluarga Aziz Ujang
Ubah saiz-+=