
MKN nafi sempadan Melaka ditutup 15 hari
Masa Membaca:18 Saat
MELAKA 6 Nov – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka menafikan sempadan negeri Melaka akan ditutup selama 15 hari bermula tengah malam ini.
MKN Melaka dalam satu kenyataan mengesahkan foto yang tular sejak pagi tadi sebagai berita palsu.
“Kenyataan ini (foto) adalah palsu. Berhenti menyebarkannya.
“Pastikan sahih, baru kongsi!,” kata MKN Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
725