
Pekerja kilang warga Nepal ditemui mati tergantung
AYER KEROH 6 April. – ‘Kehilangan’ lelaki Nepal berusia 39 tahun yang tiga hari tidak hadir bekerja terungkai apabila dia ditemui mati tergantung di stor simpanan kotak di kilang tempatnya bekerja dekat sini, semalam.
Mayat Deg Bahadur Bhattarai ditemui oleh Pengurus Sumber Manusia kilang terbabit kira-kira jam 8.35 malam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat itu daripada orang awam di Balai Polis Ayer Keroh.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa mati tergantung dengan tali diikat pada saluran paip di lokasi stor berkenaan.
“Siasatan lanjut di lokasi kejadian oleh Unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka mendapati tiada unsur jenayah membabitkan penemuan itu.
“Siasatan selanjutnya mendapati mangsa tidak hadir bekerja sejak beberapa hari lalu dan kali terakhir mangsa bekerja adalah pada Jumaat malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Afzanizar berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat.
“Proses bedah siasat dijangka dijalankan pada hari ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...