Misi pelaburan ke luar negara dijangka bawa nilai pelaburan RM4.5 bilion

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 30 November – Misi galakan pelaburan yang diadakan di beberapa negara tahun ini dianggarkan bakal membawa masuk nilai pelaburan berjumlah RM4.5 bilion.

Ia sekali gus membuktikan Kerajaan Negeri komited dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh jangka masa panjang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sebagai ketua yang mentadbir negeri, menjadi tugas beliau untuk mempromosikan Melaka kepada pelabur seluruh dunia khususnya dalam bidang perindustrian.

Ini kerana, menurut beliau, terdapat hampir 200,000 daripada rakyat negeri ini bekerja dalam bidang industri.

“Sebab itu saya katakan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Itulah sebabnya saya yang menerajui negeri ini perlu mempromosikan Negeri Melaka di luar negara kepada pelabur-pelabur yang berminat.

“Ini pada akhirnya akan memberikan pulangan kepada rakyat dengan membuka peluang pekerjaan baharu dan seetrusnya meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) mengenai pelaburan baharu yang masuk ke Negeri Melaka pada hari terakhir Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Jelas Ab Rauf, Melaka juga kini mempunyai 23 institusi TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) di seluruh negeri yang mana ia membuktikan negeri ini sudah bersedia menjadi sebuah kawasan teknologi masa depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

551
Kongsi :
Previous post LTAM bakal dijadikan pusat aeroangkasa negara – KM
Next post Lebih RM105 juta disalurkan untuk bantuan kebajikan
Ubah saiz-+=