Misi Kuala Linggi sifar dadah

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KUALA LINGGI 22 Jun – Misi memastikan Melaka terutama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi sebagai kawasan sifar najis dadah akan terus diperkasakan menerusi kerjasama pelbagai pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi,  Rosli Abdullah berkata, ketika ini Kuala Linggi tersenarai sebagai Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di Negeri Melaka.

Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi berkata, berikutan itu institusi pendidikan antara yang perlu diberikan perhatian dalam usaha mendidik serta memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya najis dadah.

“Kita akan pastikan usaha ini bermula daripada peringkat paling bawah iaitu sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) supaya suntikan kesedaran ini sampai kepada para pelajar.

“Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk menganjurkan lebih banyak lagi program kesedaran dalam usaha untuk menghijaukan DUN Kuala Linggi, sekali gus kembali sebagai kawasan sifar dadah,” katanya.

Beliau yang juga berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah Peringkat Negeri Melaka dan Jerayawara 2023 diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah AADK Melaka, Noor Azrimah Ahmad

Rosli yang juga Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, masyarakat juga diminta memainkan peranan secara serius agar usaha memerangi penyalahgunaan dadah dijalankan seiring dengan agensi pelaksana khususnya AADK.

“Usaha ini akan diperluaskan ke setiap komuniti, masyarakat perlu jadi mata dan telinga bagi memastikan setiap usaha dilakukan untuk membanteras penyalahgunaan dadah di Kuala Linggi mencapai objektifnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1379
Kongsi :
Previous post Malaysia rekod 4.5 juta pelancong suku pertama 2023
Next post Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Melaka: aduan rakyat tanpa sempadan
Ubah saiz-+=