Sorting by

×

Misi bawa pulang khazanah sejarah Melaka di Belanda selepas Aidilfitri

Masa Membaca:55 Saat

ALOR GAJAH 24 Feb- Kerajaan negeri akan membawa pulang semula khazanah negara yang diambil penjajah Belanda ratusan tahun dahulu menerusi satu misi akan dilaksanakan selepas sambutan Aidilfitri kelak.

EXCO Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sebelum ini Timbalan Duta Belanda, Eva Oskam telah bersetuju untuk memulangkan kembali ke negara asal khazanah atau artifak yang diambil ketika dijajah dahulu.

“Kita bersetuju untuk pergi ke sana dan merencanakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Mei nanti untuk membawa pulang khazanah negara disimpan di Belanda,” katanya, hari ini.

“Perkara ini sudah dibincangkan, ia sebagai usaha untuk mengekalkan nilai sejarah negara,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, pada 2 Dis tahun lalu, Melaka Hari Ini melaporkan kerajaan negeri akan menjalankan misi membawa pulang khazanah dan artifak milik Melaka yang berada di Belanda.

Antara khazanah yang akan dibawa pulang adalah artifak-artifak dan bahan sejarah berusia sekitar 500 tahun yang diambil oleh Belanda ketika menjajah Melaka.

Ia susulan selepas perbincangan bersama delegasi negara itu ke Melaka bagi dalam Program Malakka Dutch Festival di Bukit St Paul.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1770
Kongsi :
Previous post Kekalkan SOP tinggi agar sektor pelancongan Melaka tidak ‘mudarat’
Next post Pengerusi Bernama terima anugerah ikon kepimpinan jenama Brandlaureate
Ubah saiz-+=