Sorting by

×

MISDEC edar 1,100 bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 26 April – Sebanyak 1,100 pek bubur lambuk diedar Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC) menerusi program Edaran Bubur Lambuk Mega, 22 April lalu.

Pengarah Eksekutif MISDEC Haiqal Syukri Jantan berkata, program yang menjadi acara tahunan itu diadakan hasil sumbangan pelbagai pihak sebagai usaha menyeramakkan bulan Ramadan selain meraih keberkatan dan fadilat bulan mulia itu.

Katanya, selain edaran kepada warga MISDEC, bubur lambuk itu juga diedarkan kepada petugas barisan hadapan yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara sejak pandemik COVID-19 melanda.

“Sejumlah 1,100 pek bubur lambuk telah diedarkan ke 40 lokasi sekitar Melaka, antaranya Balai Polis Batu Berendam, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Klinik Kesihatan Batu Berendam, JAPERUN Ayer Molek, JAPERUN Pengkalan Batu dan lain-lain.

“Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang yang telah Bersama-sama membantu menjayakan program ini.

PROSES penyediaan bubur lambuk.

“MISDEC sangat komited dengan kerja-kerja khidmat masyarakat yang akan memanfaatkan komuniti yang memerlukan disamping dapat mempromosikan MISDEC kepada khalayak ramai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1365
Kongsi :
Previous post COVID: 2,478 kes baharu pada Isnin – KP Kesihatan
Next post Gempa bumi lemah di Kundasang, Sabah
Ubah saiz-+=