Minyak peket cukup, kerajaan siasat ketirisan berlaku

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

DURIAN TUNGGAL 3 Julai – Kementerian menegaskan berlakunya ketirisan dalam pembekalan minyak masak berikutan sejak 2003 sebanyak 60,000 tan metrik minyak masak bersubsidi telah diperuntukkan setiap bulan bagi menghasilkan minyak peket dibekalkan kepada rakyat.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, dalam ketirisian itu telah mengakibatkan berlakunya kekurangan bekalan minyak masak sedangkan jumlah itu mencukupi buat 32 juta rakyat negara ini dibekalkan setiap hari sehingga hari ini.

“Tiap- tiap bulan kita kasi 60,000 metrik tan untuk minyak subsidi yang dijual dengan RM2.50 (buat) satu kilogram dengan harga sebenarnya sebanyak RM9.

“Kita dah subsidikan berapa itu? Lebih kurang RM6.50 kita subsidikan (sepeket) buat rakyat Malaysia dari bekalan 60,000 tan metrik minyak buat 32 juta rakyat.

“Maksudnya seorang rakyat akan menerima lebih kurang 2kg minyak sehari dan kalau dibahagikan jika saya kira satu keluarga ada empat hingga lima orang bermakna mereka boleh dapat 10kg minyak masak, thats mean it is more than enough.

“Jadi apa terjadi sebenarnya? Adakah kemungkinan ketirisan (atau) adakah kemungkinan penyeludupan, yang sorok dan sebagainya?,” persoalnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerjanya di Plot ladang koko di Kampung Panchor di sini, hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin ditemui ketika mengadakan lawatan kerja di Plot Koko Single Origin di Kampung Panchor. Foto Iqmal Haqim Rosman

Bagi mengatasi masalah terbabit, beliau berkata kerajaan akan menumpukan kerjasama sepenuhnya bagi mengesan kegiatan menyorok minyak di negara ini termasuk dalam sindiket jualan minyak di pasaran gelap.

Ujarnya ia sekali gus mampu membantu pembekalan minyak masak peket terus diagihkan kepada pengguna.

“Kita sebenarnya keluarkan minyak dan serahkan kepada KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) untuk menguruskannya.

“Jadi kita akan bekerjasama dengan mereka untuk pastikan tidak ada ketirisan, tidak ada orang bawa lari yang mana jika dikesan melakukan kesalahan lesen perniagaan mereka boleh ditarik kerana mereka sudah khianat subsidi untuk rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1154
Kongsi :
Previous post 13 lelaki ditahan seludup minyak diesel di Kota Tinggi
Next post Tiada hujung bagi mereka tidak cemerlang akademik – Ab Rauf
Ubah saiz-+=