Sorting by

×

Minta RM26.60, dapat RM500

Masa Membaca:1 Minit, 55 Saat

BATU BERENDAM 28 Julai – “Tiada guna dapat banyak sumbangan kit makanan tetapi saya tidak boleh gunakannya kerana gas memasak habis.”

Begitu kata pengutip barang kitar semula, kata Osman Naqui, 45, yang terpaksa menjual kit makanan sumbangan orang ramai demi mendapatkan wang untuk membeli gas minggu lalu.

Jelasnya, dia tidak wang langsung untuk membelinya kerana semua kilang kitar semula tutup sejak dua bulan lalu.

“Awalnya saya tidak hendak jual tepung, telur, mi segera dan minyak masak tetapi terpaksa untuk mendapatkan wang.

“Saya beranikan diri hantar mesej WhatsApp kepada rakan untuk bertanya jika dia mahu membeli kit makanan itu dan beritahu saya hanya perlu RM26.60 bagi membeli gas memasak yang lama habis,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Prihatin dengan nasib lelaki itu, kenalan Osman ke rumahnya di Batu Berendam bagi melihat sendiri nasibnya sekeluarga.

BARANGAN kitar semula yang dikumpul oleh Osman di hadapan rumahnya tidak dapat dijual ekoran penutupan kilang kitar semula sejak dua bulan lalu.

Turut bersimpati dengan nasib Osman sekeluarga adalah Pak Ngah atau Shikh Muhammad Makhdad Harun yang menemui Osman dan membeli kid makanan itu pada nilai RM500.

“Alhamdulilah, syukur kepada Allah, saya minta hanya RM26.60 nak beli gas memasak tetapi Pak Ngah beri kami sekeluarga untuk terus hidup lima enam bulan lagi,” katanya.

Sementara itu, Pak Ngah berkata, dia mengenali Osman melalui Facebook memandangkan lelaki itu kerap memuat naik status meminta kerjasama orang ramai agar menyumbang besi buruk.

“Saya hanya mahu menyumbang wang tunai hasil kutipan dari rakan-rakan mekanik dan penduduk bagi meringankan beban kewangan Osman dan keluarga.

“Kid makanan yang saya ambil dari Osman itu akan agihkan kepada seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan barangan keperluan,” katanya.

PAK NGAH menghulurkan bantuan wang tunai kepada Osman yang tiada punca pendapatan sejak dua bulan lalu.

Menurutnya, dia memahami situasi Osman yang terdesak, namun sesetengah pihak akan memandang negatif tindakan lelaki itu meminta pertolongan daripada orang ramai.

“Osman beritahu saya kit makanan diterimanya penuh sebuah almari dapur dan dia bimbang kalau tidak digunakan segera, ia akan tamat tempoh.

“Tetapi bagaimana dia nak guna kalau rumah tiada gas memasak dan dia pula tiada pendapatan sebab kilang besi tutup sudah dua minggu,” kata Pak Ngah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

515
Kongsi :
Previous post TYT lawat ‘gimnasium kampung’ Kesang Tua bawa nama ke Olimpik
Next post 416 pemandu teksi terima bantuan ‘one-off’ RM350
Ubah saiz-+=