
Mini Santuari Buaya di Sungai Kesang
AYER KEROH 3 Julai – Sungai Kesang yang kini menjadi tumpuan ramai ekoran air sungainya yang jernih kebiruan dijangka bakal dibangunkan sebagai Mini Santuari Buaya.
Lokasi itu dipilih apabila diperkatakan kawasan itu adalah habitat ‘sang bedal’ selain kelibatnya pernah dilihat penduduk serta kaki pancing yang sering ke situ.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Mohd Hasdi Husin berkata, perancangan itu sebelum ini disuarakan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri yang melihat kawasan itu berpotensi untuk dibangunkan.
“Saya lihat Sungai Kesang ada pontensi untuk dibangunkan tetapi Perhilitan perlu melakukan ‘survey’ terlebih dahulu. Kita akan menghulu untuk melihat kesan seperti habitat dan kehadiran buaya lain.
“Siasatan kemungkinan akan dibuat dalam tahun ini juga dan berdasarkan bilangan yang dilaporkan terdapat dua hingga tiga ekor buaya di situ tidak sebanyak di Sungai Linggi,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perancangan menjadikan Sungai Kesang sebagai Mini Santuari Buaya mungkin akan terlaksana kerana tidak menelan kos tinggi berbanding Pusat Santuari.
“Kalau kerajaan negeri setuju kita akan bantu dari segi kepakaran dan ianya satu peluang untuk Perhilitan,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
KKTM MASJID JADI RUJUKAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOTIF
AYER LIMAU 26 April - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah menerima peralatan pengajaran dan pembelajaran disumbangkan sebuah syarikat...
SUSUN STRATEGI PASTIKAN MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN PELANCONG
AYER KEROH 26 April - Kerajaan Negeri giat menyusun strategi dan melaksanakan inisiatif menarik bagi menggamit serta menggalakkan kunjungan lebih...
MPAG KOMITED JADI NADI PEMBANGUNAN, WADAH PERKHIDMATAN RAKYAT
ALOR GAJAH 26 April - Bagi terus memperkasa aspek penyampaian perkhidmatan awam, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mahu setiap kakitangannya...
LAKSANA PROJEK, PROGRAM MENGIKUT TEMPOH MASA DAN SASARAN
SERI NEGERI 25 April - Penilaian indikator-indikator pembangunan, perancangan projek dan program diatur perlu mengikut sasaran dan tempoh masa ditetapkan....
PERKASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA
SERI NEGERI 25 April - Pelbagai strategi diatur bagi membantu meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan...
INISIATIF PARAKOM BUKTI KERAJAAN CAKNA ASPEK KESEJAHTERAAN, KESIHATAN RAKYAT
SERI NEGERI 25 April - Komitmen Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan dan kesihatan rakyat terbukti menerusi pelaksanaan inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM)....