
Mini Konsert Karnival Seni Madani 2024 meriah
AYER KEROH 29 Jun- Usaha memartabatkan seni budaya pelbagai kaum diangkat menerusi Mini Konsert Karnival Seni Madani 2024 di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Melaka (JKKN) di sini malam tadi.
Tinjauan Melaka Hari Ini pada mini konsert tersebut mendapati pengunjung disajikan dengan pelbagai persembahan termasuk nyanyian dan tarian kebudayaan.
Mini konsert yang berlangsung kira-kira dua jam itu turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah buat penonton yang hadir.
Antara persembahan yang menarik adalah persembahan dari penari kebudayaan JKKN seperti Joget Trilalia; Tarian Chetti Ding Ding Gale dan Tarian Portugis Tianika.
Selain tarian, mini konsert terbabit turut membawakan persembahan nyanyian dari artis kebudayaan seperti Yaserr Fikri; Haziq; Firdausiah dan Kumpulan duo Legacy Nyonya Tan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...