Sorting by

×

Mini Konsert Karnival Seni Madani 2024: medan ‘tonjol’ bakat artis tempatan

Masa Membaca:50 Saat

AYER KEROH 29 Jun – Mini Konsert Karnival Seni Madani 2024 yang diadakan di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Melaka (JKKN) di sini malam tadi merupakan pentas menghargai bakat anak-anak tempatan.

Pengarah JKKN negeri, Ezlina Alias berkata lebih lima artis tempatan diundang bagi membuat persembahan pada mini konsert terbabit.

Katanya, antara artis tempatan membuat persembahan adalah Yaseer Fikri yang kini semakin dikenali dengan lagu Senandung Anak Melaka.

“Antara lain, duo Legacy Nyonya Tan yang pernah menjuarai pelbagai pertandingan anjuran JKKN Melaka; penyanyi Haqiz yang menjuarai Program Bintang Irama Asli dan pelbagai lagi.

“JKKN Melaka menjadikan mini konsert ini sebagai tempat mwnghargai bakat-bakat anak tempatan yang sering membawa lagu-lagu kebudayaan dan irama asli.

“Mereka adalah pelapis yang perlu diberi sokongan dan tempat untuk mereka berkarya kerana mereka adalah pembawa budaya seni dan warisan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Mini Konsert Karnival Seni Madani 2024 di Panggung Seri, Kompleks JKKN.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

191
Kongsi :
Previous post Mini Konsert Karnival Seni Madani 2024 meriah
Next post Jun diangkat bulan kebolehpasaran graduan
Ubah saiz-+=