MINGGU SAINS PADA OKTOBER

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

MACHAP JAYA 22 September – Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Negeri Melaka anjuran bersama Kerajaan Negeri Melaka bakal diadakan pada hujung Oktober depan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, selain Kerajaan Negeri penganjuran itu juga mendapat kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Penganjuran kali ini akan berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Oktober bertempat di (Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, perasmian dijadualkan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Sepanjang dua hari karnival pelbagai pameran, acara dan pertandingan untuk menguji minda serta pengetahuan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) akan disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan ‘One-Off’ IPT Parlimen Alor Gajah, di Japerun Machap Jaya, semalam.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Zahari Abd Kalil dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Senator Datuk Mustafa Musa.

Menurut Fairul Nizam, satu mesyuarat berkaitan penganjuran itu akan diadakan pada minggu hadapan bagi membincangkan pengisian karnival dengan lebih mendalam.

“Pengisian interaktif seperti pameran berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI) di reruai pameran dan demonstrasi sains antara yang akan dipamerkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

49
Kongsi :
Previous post JOM ‘WALKATHON’ BERSAMA ANAK AUTISME
Next post WANITA WARGA EMAS TINGGAL SENDIRIAN DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
Ubah saiz-+=