MINGGU SAINS MELAKA SERLAH KREATIVITI, INOVASI

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 Oktober – Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Negeri Melaka bakal menampilkan tiga elemen pengisian iaitu pameran, pertandingan dan permindahan maklumat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Ruziah Shafei berkata, pengisian itu dilihat menarik sejajar dengan matlamat kementerian untuk meningkatkan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi melalui MSN sejak tahun 2018 lagi.

Sempena siri jelajah MSN yang berakhir di Melaka, beliau mahu masyarakat terus memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran program tersebut.

“MSN 2024 ini akan memberi ruang dan peluang kepada peserta di setiap negeri mengetengahkan idea baharu mendepani keperluan industri.

“Saya percaya penglibatan agensi di bawah MOSTI serta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka sebagai tuan rumah dapat memberi pendedahan yang luas tentang peluang pekerjaan dan ganjaran terlibat dalam industri Sains dan Teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program bual bicara ‘Kokenut Shake’ Dulu bersama Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka, Profesor Datuk Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini di Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Melaka, di sini, hari ini.

Ditanya kepada Prof. Datuk Ts. Dr. Rasdi, beliau memaklumkan lebih 20 pempamer akan memeriahkan program berkenaan disertai sesi perkongsian maklumat daripada barisan penyelidik berkaliber.

“Program berlangsung dua hari ini walaupun dalam skala kecil insya-Allah mampu memberi cetusan idea baharu yang lebih kreatif dan inovasi untuk kegunaan kita pada program akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

74
Kongsi :
Previous post TAMAN KARAVAN BAHARU DI JASIN
Next post SEMAI RASA CINTA PADA RASULULLAH SAW
Ubah saiz-+=